Selasa, 11 Oktober 2011

Semangat..semangat...

APa lagi yang boleh dilakukan. Keresahan jiwa ini moga ditenangkan dengan air mata yang diredhai





AKan Aku teruskan DOa..berdoa semoga Doa ini dimakbulkan.Semoga doa aku penuh keikhlasan..penuh keberkatan


Aku Tahu,aku diuji,semoga AKU terus Sabar dan terus Ikhlas dan terus memahami ujian ini hanya sementara..pasti ada hikmahnya..



Alhmdulillah..semoga aku dan keluargaku dan seluruh Umat Islam..Akan terus tabah menghadapi ujian..kerana Allah sayang Kita..





Tetapi kita harus sedar, setiap ujian pasti ada peluang. Kita rebut peluang yang ada..Teruskan semangat..Pasti kita mampu berubah..








Sabtu, 8 Oktober 2011

Isu lapuk : Bertudung

Assalamualaikum...
Perkembangan tamadun manusia yang semakin maju dan pantas memaksa wanita lebih bersikap terbuka. Ringkas dan cepat bagi mengejar masa agar tidak ketinggalan memaksa wanita Islam meninggalkan tuntutan agama yang mungkin dianggap remeh.

Tamadun barat yang sudah mempengaruhi kita sejak berabad lamanya antara punca bertudung bukan sesuatu yang dititik beratkan dalam kehidupan kita. Tambahan pula, digambarkan masyarakat melayu tradisional hanya mengenakan kain batik di kepala seolah-olah tidak bertudung sebagai tradisi masyarakat melayu kita.


Abad ke-21..masyarakat semakin maju dan pengetahuan makin bertambah dan ilmu agama semakin mendalam..tetapi bertudung tetap "sepi" dan paling menyedihkan dijadikan "trend" sahaja oleh masyarakat moden hari ini..

Semoga perubahan yang berlaku kepada ikon remaja hari ini membuka mata remaja perempuan dan wanita-wanita agar lebih prihatin. Kita doakan bersama agar lebih ramai mengikuti jejak mereka dalam tuntutan bertudung.

Diana Amir :Mengambil keputusan bertudung setelah sejak 3 bulan didatangi mimpi mengenai akhirat..Alhamdulillah.







Datuk Sheila Majid : Sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Menyepi agar tidak menjadi buah mulut orang..Alhamdulillah..









Ramai lagi ikon / artis yang menjadi idola sudah berusaha ke arah yang lebih baik boleh ditiru oleh peminatnya..

APakah alasan pakai tudung ?


Marilah kita sama-sama berdoa agar pemikiran kita tidak dipengaruhi kata-kata yang melemahkan kita untuk menjunjung syariat Islam..











Khamis, 6 Oktober 2011

Kau menangis?





Rasa tenang selepas menangis. Bagaikan terlepas segala beban dalam pemikiran. Jiwa berasa tenang seperti terlepas daripada himpitan batu yang besar yang sudah tentu menyesakkan.



Sahabat aku KATAKAN SAJA menulis suasana hiba ketika ceramah motivasi di sekolah baru-baru ini.
Menangislah wahai anak-anak..menangislah. Bukankah kita hadir ke dunia ini dengan tangisan..dan tanpa kita sedari,kita juga akan meninggalkan dunia ini juga dengan tangisan. Tangisan yang mengiringi kita hingga kel liang lahad..duka melalui liku-liku kehidupan juga kita selangkan dengan tangisan sebagai cara kita melepaskan apa yang terpendam dalam perasaan. Tidak salah jika kita menangis. Jangan jadikan nikmat yang Allah berikan ini sebagai sesuatu yang disia-siakan...






Tangisan adalah lumrah dalam kehidupan kita. Kita sebenarnya sentiasa dalam dua tangisan dan sama ada tangisan itu tangisan yang merugikan atau menguntungkan..Sabda Rasulullah."ada dua titisan yang Allah cintai. Titisan darah para syuhada dan, titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah"..



Namun, berhati-hatilah dengan tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan kita terus menangis dan ada tangisan yang akan membawa kebahagiaan untuk selama-lamanya..






Tangis sudah tentu lawannnya tawa..



Ketahuilah..ketawa yang berlebihan adalah tanda lalai dan kejahilan. Ketawa keterlaluan seorang ulama akan hilang ilmunya,hilang wibawanya..ketawa seorang jahil maka akan lebih keras hati dan perasaannya..






Seorang hukama pernah bersyair :



"aku hairan dan aku pelik melihat orang ketawa..kerana perkara yang akan menyusahkan lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan"



Orang-orang soleh menangis walaupun telah banyak beramal..takut-takut amalnya tidak diterima..tetapi kita ketawa walaupun kosong dengan amalan..Rasulullah bersabda :



" Sesiapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke nereka dalam keadaan menangis"..






_____



Menangislah anak-anakku..menangislah demi-Nya..demi kasihmu kepada ibu bapa yang sudah tentu banyak jasanya kepada anak-anak..jangan kau menangis kerana suatu yang sia-sia..






Memangislah di dunia ini sebelum menangis di akhirat nanti..




Khamis, 29 September 2011

Mak Ayah tak sayang aku..

Seorang anak minta dibeli ayah sebuah telefon bimbit. Ayah yang agak berada enggan melayan permintaan anaknya itu. Tiada alasan yang diberikan oleh si ayah membuatkan si anak berasa kecewa dan agak marah. Rasa takut kepada ayah membuatkan si anak tidak lagi mendesak lalu diajukan pula hasratnya kepada si ibu. Namun, ibunya seakan sehati sejiwa, juga enggan memenuhi permintaannya dan menambahkan lagi kekecewaan si anak.



Hasrat untuk memiliki handfon semakin menjadi-jadi kepada si anak bila bersama rakan sebaya. Semakin gundah hatinya dan fikirannya selalu terganggu. Dia masih berfikir kenapa ayah dan ibunya tidak mahu membelikan dia handfon sedangkan mereka mampu.









Akibat tidak tahan diperli oleh rakan, dia mengambil keputusan nekad untuk mengambil duit ayahnya untuk membeli handset yang diidamkan. Tekadnya seperti direstui apabila melihat beg duit ayahnya tertinggal di atas meja pada malam itu dan peluang itu tidak dilepaskan olehnya.
Telefon yang diidamkan telahpun dalam genggaman. Senyum lebar si anak ketika menunjukkan kepada rakan. Kawan-kawan memujinya kerana mampu membeli telefon yang canggih. Pelbagai perkara diajar oleh rakannya mengenai handset. Senyum makin lebar sebab dapat berSMS dengan buah hati yang memang sudah lama mempunyai handset.



Si anak semakin leka dengan handsetnya. Rahsia perbuatan mengambil duit ayahnya seperti tidak diketahui oleh sesiapa. Semakin hari semakin leka. Pelajarannya semakin merosot, wajah semakin kusut kerana tidak cukup tidur. Paling menyedihkan, solat semakin dilalaikan dan semakin kerap keluar malam dan lewat pulang. Sesuatu yang pelik, ibu ayahnya tidak langsung menegurnya.



Suatu malam, ayahnya mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang mengatakan si anak di tangkap berkhalwat di sebuah hotel. Ayahnya sekadar mengangguk. Si ayah langsung tidak menghiraukan dan tidak pula seperti mahu tergesa-gesa ke balai. Si anak di tahan dilokap sehingga ayahnya tiba untuk menjaminnya. Namun, ayahnya tidak muncul hingga membuatkan dia terfikir, ayah dan ibunya tidak sayang dia lagikah? Adakah mereka tidak malu anaknya di tahan di lokap? Teki-teki itu tidak pernah mahu dihuraikan hinggalah si anak semakin dewasa dan mampu menilai..


----------


Itulah hakikat dan realiti..si anak yang masih mentah pada zaman sekarang tidak langsung dapat menilai tindakan ayah dan ibu mereka. Mereka langsung tidak cuba memahami kehendak ibu bapa mereka semata-mata memikirkan kehendak mereka sahaja.



Adakah kasih sayang itu hanya boleh ditonjolkan melalui tindakan memenuhi permintaan anak-anak sahaja ? Itulah yang membezakan kita semua. Sama ada kita mampu menilai dengan baik apa yang ibu bapa kita lakukan atau sebaliknya.. "Tidak" bagi ibu ayah adalah lambang kasih sayang ibu ayah kepada anaknya. Percayalah. Mereka sudah berpengalaman..


Bersabarlah...pasti ada kebaikan disebalik keengganan ibu bapa kita memenuhi permintaan kita..

Selasa, 27 September 2011

Pemusnah lelaki..

Assalamualaikum


Adakah benar wanita adalah penyebab kegagalan lelaki ?


cukup sedih dengar cerita "kedai kopi" tentang kawan yang tewas di tangan wanita. Pengajaran untuk diri dan lelaki. Masing-masing ada kesilapan dan kita perlu renung dan muhasabah diri. Kutip pengalaman dari mereka yang tewas dan mereka yang berjaya.


Lelaki ada kelebihan dan perempuan ada kelebihannya. Kita memerlukan kelebihan masing-masing untuk disatukan bagi membentuk kekuatan supaya tugas kita sebagai seorang hamba terlaksana dengan jayanya dan kita berlapang dada kembali kepada-Nya.


Kepada lelaki-lelaki,

ada peringatan daripada Rasullullah kepada kita mengenai wanita :

Sabda Rasulullah

" Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya;dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku.Orang yang memuliakan wanita adalah orang yang mulia,dan orang yang menghina wanita adalah orang yang tidak tahu mengenang budi." ( Riwayat Abu'Asakir )


Dan, kepada wanita..ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi.


Daripada Ummu Salamah,Isteri Nabi SAW,katanya, ( dalam Hadis yang panjang )

Aku berkata,"wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik daripada bidadari ?"

Baginda menjawab," Wanita di dunia lebih baik dari bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata,"Wahai Rasulullah,bagaimanakah itu?"

Baginda menjawab," dengan solat,puasa dan amalan mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..( Hingga akhir hadis..Riwayat Al-Tabrani )


Sebenarnya, begitu hebat darjat wanita hingga mampu mengalahkan bidadari. Itulah wanita solehah. Manakala lelaki, dipertanggungjawabkan untuk melindungi dan memuliakan wanita..


Jika kita memahami tugas/ amanah kita, Insyaallah,kita boleh elak istilah "wanita pemusnah lelaki"


Jom kita renungkan.


Sumber hadis :Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas

Ahad, 25 September 2011

Kita Rasa kita berhak..

Assalamualaikum..


Baru saja Balik dari Asrama..Jam pun dah lewat..jangan terlewat bangun sudah...saja aku nak meniru rakan baik aku,tetap mencorekkan sesuatu sebagai tanda komitmen kepada blog dia. Aku ucapkan tahniah kepada kawan aku, speakonmind.blogspot. Makin maju dia sekarang, dah ramai yang menyertai blog dia..Aku..ada la 6 orang..takpe..


Hak..kita semua kata kita ada hak. Memang kita ada hak..tapi hak yang mutlak tetap milik Allah..Kita perlu pertahankan hak kita dan Allah sudah pasti akan mempertahankan hak mutlak-Nya. Hak Allah yang kita pasti "Makhluk yang Allah cipta adalah untuk akur kepada-Nya".Maka,Allah akan menuntut hak-Nya,maka kita perlu akur kepada hak Pencipta kita iaitu Allah S.W.T..itulah tanggungjawab besar kita di muka bumi ini.


Lantaran itu, Allah suruh kita sembahyang,maka wajib kita sembahyang dan,paling penting hak ini Allah tuntut daripada seluruh manusia. Tidak kira siapa,pangkat,jawatan dan sebagainya. Jadi, kepada adik-adik di asrama, fahamlah, bahawa sembahyang bukan hak asrama untuk diikuti, tetapi Hak Allah yang kita sebagai umat Islam perlu tunaikan. Tidak perlulah bersusah payah panjat bumbung,masuk loker,menyorok dalam tandas dan sebagainya semata-mata mengelak daripada untuk sembahyang. Hukuman asrama sekadar rotan dan nasihat.tetapi,hukuman Allah ?


Kita lihat dari mata hati, dengar baik-baik cerita ustaz agar berlaku transformasi dalam menilai setiap peraturan di asrama..bezakan antara tuntutan agama dengan tuntutan manusia..


Sabtu, 24 September 2011

Tanggungjawab Hati..

Assalamualaikum..


Cerita mengenai hati..Catatan Qalbun Salim ( Hati sejahtera ) dalam GenQ..sesuatu yang mungkin perlu kita hayati. Perjalanan kita sering ditentukan oleh hati kita. Dalam menunaikan kewajipan..hati kita sering diusik oleh musuh Allah..sedang kita mengerjakan amal,kita telah dicalit amalan kosong yang kita fikirkan telah sempurna..

Penulis memulakan dengan cerita ini :


Seorang pemuda sedang berteleku di hadapan komputer. Tiba-tiba azan zohor berkumandang. Kedua biji matanya masih ralit menatap skrin komputer. Hatinya menggerutu "Alamak..kenapa awal sangat zohor masuk,.kerja aku masih banyak.! Kalau berhenti solat kang, tak siap pula kerja aku"..Pemuda itu menggeliat kecil dan menatap skrin komputer. Hatinya warawiri antara mahu solat atau meneruskan kerja.

"Bukankah solat itu dituntut agar didirikan pada awal waktu?" ilmu dan akal berdiskusi.


"Apa boleh buat,kerja masih banyak. Lepas nipun aku tetap bersolat"..akhirnya dia memilih untuk meneruskan kerja.


Sejam kemudian..dia menuju ke tandas. terlebih dahulu dia membuang air kecil. Terlihat jelas di matanya, percikan air najis ke seluarnya. Dia menepuk dahi "Aduh! Macam mana aku mahu solat? Seluar aku terkena najis.Nanti tidak sah " Ilmu dan akal berhujah lagi. Sebelum keluar tandas, dia berwuduk dengan hati yang bercempera. " Ah,pedulikan saja.Aku tidak membawa kain untuk menukar seluar aku.Solat sajalah.Bukan ada sesiapa tahu seluar ini terkena najis. Yang penting aku bersolat...kemenangan kepada akal.

-----

APa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis ialah mengenai Amanah. Amanah terhadap Ilmu. Pemuda ini tahu baik buruk,dosa dan pahala,batas syariat malangnya dia khianat pada diri sendiri. DIa menzalimi dirinya dengan bersolat dengan pakaian terkena najis. Cukup merugikan kerana dia tidak amanah terhadap ilmu.


Maka,penulis menyimpulkan,diingatkan kepada pembaca supaya amanahlah dengan ilmu. Janganlaj diabaikan ilmu yang diperoleh. Tiada amanah yng lebih besar untuk dijaga melainkan beramal dengan apa yang kita fahami. Berusahalah untuk mengamalkan setiap ilmu yang benar dan kita peroleh.

----

Pernah berlaku ke dalam kehidupan kita? Hem, sudah tentu ini berlaku,..so aku berpesan pada diri aku sendiri dan sesiapa sahaja,agar kita cuba melakukan transformasi dalam diri agar lebih menghargai ilmu..


Isnin, 19 September 2011

Cerita dari Terengganu

Assalamualaikum

Semalam bertolak dari Bentong ke Kuala terengganu. Memenatkan sebab sudah lama tidak menaiki bas untuk ke mana-mana.Almaklumlah, dah ada kereta. Dari Bentong ke Temerloh saja, dah dua jam masa di dalam bas..Ke kuantan? Nasib tak baik,tiket bas takde, naik teksi ke kuantan.nasib ada orang yang sama nasib..

Terengganu..sama macam kelantan..makan..makan..makan..kerja? Macam biasa..pergi melawat asrama-asrama di negeri Penyu pula kali ini..sememangnya, aku yakin asrama memang boleh membentuk insan yang baik kalau nak...inilah antara kondisi asrama yang aku rasa baik.




Dorm Pelajar Perempuan

Dorm Pelajar Perempuan

Dorm Pelajar Perempuan

Dorm Pelajar Lelaki

Dorm Pelajar Lelaki

Dorm Pelajar Lelaki

Dorm Pelajar lelaki ( Khas Pemain Bola )

Dorm Pelajar lelaki

Dorm Pelajar Lelaki


Dorm Pelajar lelaki


Di hadapan Blok Lelaki

Paling menarik, keseluruhan dorm di asrama ini dalam kondisi yang sama.

Apahal pun, khas kepada mereka yang ada adik yang tinggal di asrama, pesanlah kepada mereka supaya jadikan asrama seperti syurga dunia. Bukan sahaja boleh mendapat pengalaman, malah memberi ruang kepada adik-adik untuk belajar lebih selesa.

Selasa, 13 September 2011

Dari Kelantan

Assalamualaikum

Salam dari Negeri Cik Siti Wan Kembang!..Hari Ke-2 di kelantan. Aku ditugaskan menilai tahap gemilang asrama di negeri kelantan.

Kecemerlangan di sesebuah sekolah berasrama adalah bermula di asrama.

Asrama yang kondusif memberikan suasana pembelajaran yang lebih selesa sehingga mendorong kepada kejayaan lebih cemerlang.


Dalam masa yang sama, asrama kondusif sebenarnya bermula daripada keinginan penghuni untuk melihat suasana yang lebih selesa. Maka, timbul keinginan untuk membuat perubahan dan menyokong usaha-usaha pengurusan untuk mengindahkan asrama mereka. Dalam pada itu, maka lahirlah ketekunan,kreativiti,inovasi,kesungguhan dan pelbagai sikap positif dalam diri pelajar. Betapa beruntungnya tinggal di asrama!






Bersikap positif dan jauhkan sikap negatif>> Kita pasti akan lebih berjaya>










Kurangkan melayan perkara melalaikan..anda akan dapat sesuatu yang lebih berharga daripada segala-galanya.













Sabtu, 3 September 2011

peperiksaan

Assalamualaikum


Peperiksaan Percubaan SPM 2011 hampir bermula. 6 Sept.2011. Walaupun percubaan ia tetap penting.Semoga semua yang bakal menduduki percubaan ini telah bersedia.

Cabaran yang agak berat kerana masih lagi dalam mood raya. Mungkin ada kalangan pelajar tidak bersedia untuk mendudukinya atau memang langsung tidak mempedulikan kehadirannya.

Kita sering digembar-gemburkan yang sistem pendidikan kita berasaskan peperiksaan. Satu isu yang agak serius dan sebenarnya kurang resolusi secara konkrit. Tidak dinafikan,peperiksaan adalah cara terbaik untuk menilai keupayaan,pemahaman dan penerimaan ilmu pelajar.

Peperiksaan sebenarnya bukanlah sekadar menumpukan kepada akademik semata-mata. Bagi aku, peperiksaan sebenarnya juga mengajar kita mengenal jati diri, mengenal usaha,mengenal nilai,mengenal segala-galanya.

Seseorang yang berjaya cemerlang dalam peperiksaan bukan dapat bergolek tetapi melalui cara atau jalan yang direntas untuk mencapainya. Adakah seorang yang cemerlang tugasnya 24 jam mengadap buku? Mereka yang cemerlang ini pertamanya,bijak menyusun masa. Memanfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. Setiap masa digunakan sebaik mungkin. Jarang sekali mereka yang sentiasa berseronok dan sesekali membaca mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar cemerlang akan menyusun jadual belajar serta rutin hidupnya supaya dia lebih bersedia untuk berjaya.


Pelajar cemerlang sentiasa menekankan kesihatan. Mereka tidak merokok,mereka tidak makan makanan yang tidak berkhasiat.Mereka juga menekankan rehat yang sempurna seperti tidur awal dan bangun seawal pagi.Mereka juga menekankan riadah walaupun dikatakan ramai yang cemerlang kokurikulumnya lemah. Tetapi sebenarnya,mereka menjalankan riadah secara berjadual dan tidak bermusim.


Kecemerlangan mengajar pelajar supaya tekun,berdisiplin,sabar dan sentiasa ingat kepada pencipta. Pelajar yang ingin cemerlang pasti tidak lupa untuk merapatkan hubungan dengan gurunya. Pelajar cemerlang tidak lupa hubungan dengan rakan-rakannya,hubungan dengan ibu bapa dan paling mustahak hubungan dengan pencipta.Jika bukan Islam,mereka tidak lupa berdoa dan meminta daripada tuhan mereka.


Kita mungkin cemerlang apabila kita cemerlang Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek! INilah teras KEJAYAAN KITA !Berusahalah.!

Jumaat, 2 September 2011

Syukur..syukur

Assalamualaikum,Salam Syawal

Syukur kehadrat Ilahi atas segala rahmat dan nikmat yang dilimpahkan kepada kita semua.

Syukur juga kerana ramadhan tahun ini dapat disempurnakan sepenuhnya walaupun tekad sebelum ramadhan ada yang terbiar begitu sahaja tanpa mampu direalisasikan. Sungguh-sungguh diharapkan agar ramadhan akan datang akan lebih dimanfaatkan sebaiknya. Semoga Allah memberikan peluang sekali lagi untuk dilaksanakan.

Syukur juga kerana hari raya dapat diraikan bersama-sama keluarga tercinta. Mak,ayah di sebelah isteri di Melaka dan ibu tercinta di kampung Jengka semuanya dapat ditatap. Syukur kerana kehadiran syawal jatuh ditengah minggu, maka cukup selesa untuk meraikan bersama keluarga dikedua-dua belah pihak. Tahun ini, isteri memilih warna krim sebagai tema pakaian keluarga dan tiada masalah untuk pilihan itu. Sudah semestinya, aku bersyukur dengan pemberian bonus raya oleh kerajaan kerana memberikan aku sedikit nafas lega untuk menyediakan persiapan raya walaupun secara sederhana. Pakaian tiada yang ditempah,jadi jimat untuk bayaran upah.manakala,kuih raya beli untuk buah tangan untuk keluarga. Kiranya, tahun ini buat yang wajib saja. Jadi, sekali lagi aku bersyukur kerana isteri cukup memahami situasi dan tidak banyak meminta. Anak-anak masih kecil dan sudah cukup gembira dengan apa yang ada.

bersyukur juga, perjalanan kami dengan kereta menuju ke pelbagai destinasi selamat. Dalam suasana yang sibuk di setiap batang jalanraya, sudah tentu kebimbangan itu timbul. Kali ini pula aku memilih untuk jalan tidak bertol untuk pulang ke jengka. Berlaku sedikit rasa cemas ketika kereta hampir bertembung dengan kereta yang tidak beradab. Pemandu ini bagi aku cukup bodoh dalam membuat keputusan kerana dalam kesibukan dan paling penting di kawasan selekoh yang berbahaya, pemandunya memotong kenderaan lain. Aku hanya sempat mengelak sedikit dan tidak pasti apa yang berlaku kepada kenderaan di belakang aku kerana aku yakin,kereta tersebut belum dapat masuk ke laluan asal kerana kenderaan yang ingin dipotong masih panjang dan jalan masih lagi berselekoh.Namun aku bersyukur tiada musibah yang menimpa kami sekeluarga.

Aku bersyukur dengan segala yang dikurniakan kepada aku selama ini. Kepada semua, marilah kita panjatkan syukur kepada Allah dengan rahmat ini. Marilah kita sama-sama berdoa kepada-Nya agar kita berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan dan Syawal agar kita dapat mendakap nikmat dan kehebatan bulan ini. kepada pemandu-pemandu, berhati-hatilah di jalanraya .

Ahad, 28 Ogos 2011

RAMADHAN TAHUN INI

Assalamualaikum..

Menjengah hari ke 29 ramadhan. Mungkin hari terakhir bulan yang penuh keberkatan. Hujan renyai mengiringi kehadiran hari ini. Mungkin tanda kesedihan pemergian bulan ini. Seperti tahun yang sudah-sudah, bulan ini selalunya memberikan kita sedikit kelebihan dan kekuatan yang kita sebenarnya tidak sedar. Kita diberi kekuatan untuk bertarawih, solat tepat pada masa walaupun Isyak sahaja, kelebihan diberi masa untuk membaca al-quran, mata yang agak tertutup untuk melihat maksiat,telinga yang sunyi daripada cerita lalai dan pelbagai lagi kelebihan dan kekuatan. Semoga segalanya diterima oleh-Nya walaupun tidak sehebat orang lain usahanya.


Sudah tentu sedikit terkilan dengan REMAJA HARI INI,. ada sahaja tingkahlaku yang sentiasa menunjukkan kebodohan. Apakah perlu lagi mereka ini dibelai dan dimanja atas prinsip tidak matang?


Entiti pendidikan yang penting, ASRAMA telah memberikan ruang yang cukup untuk menjadi matang,peluang untuk membina kekuatan diri dan pilihan untuk mempelajari ilmu agama walaupun cetek. setiap hari, sembahayang 5 waktu ditekankan,fardhu ain,peraturan-peraturan lain, namun masih ada yang ingin tunjukkan kedangkalan..ponteng solat,ponteng puasa hanya kerana sebatang rokok,sebungkus mi segera..sebenarnya mereka tidak bodoh dan dangkal mengenai agama..tetapi mereka adalah anak-anak yang sombong..yang suka mencabar peraturan asrama yang sebenarnya peraturan itu PERATURAN AGAMA, SEMUA ORANG ISLAM PERLU PATUHI..bukan tidak diingatkan,tetapi sengaja untuk menunjukkan "aku hebat" dalam kalangan rakan-rakan,.siapa tidak berpuasa,dia hebat..mereka bukan tidak matang,mereka bukan dangkal,tetapi mereka hanya ingin menjadi juara dalam kalangan mereka..BERTAMBAH HAIRAN..kes kecurian semakin meningkat dalam kalangan mereka walaupun mereka diingatkan tentang kesalahan ini..

Apa lagi yang boleh dilakukan, berdoa dan terus berdoa..BERPESANLAH kepada diri sendiri, jika kita tewas, tidak semestinya mereka perlu tewas macam kita,jika setiap kesalahan di atas difikirkan biasa,ubahlah,itu sebenarnya LUAR BIASA..

Ahad, 31 Julai 2011

Asrama & Puasa : Kenangan terindah

Ramadhan datang lagi. Tentu syukur kehadrat Allah tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk berjumpa bulan yang pebuh berkat ini. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita terutama kepada diri aku sendiri.


Asrama! maaflah..7 tahun tinggal di asrama,memang membesar dengan masakan mak2 di dewan makan. Bulan puasa sudah tentu ada cerita tersendiri..


Apa lagi kalau bukan menu waktu berbuka..sudah tentu jadi topik hangat.Maklumlah,puasa..tapi takdelah teruk..mak2 dewan makan masak memang sedap,dari aku tingkatan 1 sampai 6 atas..mmg aku cakap sedap memanjang..entah,takde pulak kawan-kawan yang makan tak habis..memang sedap la. tapi, bulan puasakan,mestilah nak yang lebih sedap,perut sehari tak jamah makanan..selera mestilah membuak-buak,..hakikatnya,kenalah terima jugak..kalau dah duduk di asrama,lauk itulah juga yang akan dimasak..bukan mak2 DM tu tentukan,kerajaan dah tetapkan..kalau lebih pun adalah tambah kurma..



Mak2 dewan makan tentu sibuk,time nilah aku dn kawan-kawan bertugas sebagai tukang cedok pada budak2 lain..tapi kami ada sistem,setiap hari ada dorm yang akan bertugas hidangkan mkan untuk semua penghuni..menariknya,biasanya depa akan beratur panjang dak akan pass-pass unuk mudahkan kerja..cukup pratikal..dah siap atur,dorm yang mengatur ada la special cikit..mgkin dapat buah lebih dan sebagainya..air..bulan puasa siapa yang takde cawan,memang tak minum..sehari sebelum puasa pasti akan ke kedai MARA untuk dapatkan cawan,time nilah cawan amat mustahak!takde siapa dibenarkan atau membenarkan cawan dipinjam@meminjam..kecoh dah tentu bila penghuni dibenarkan masuk.duduk ditempat masing-masing.Yang pasti,sepanjang ramadhan tak boleh diubahkan atau sebenarnya secara kebetulan memang taknak diubah.adalah tu sebab-sebabnya..biasanya,bila nak berbuka,pak imam akan laungkan azan dari surau asrama..bila Allahuakbar..senyap..rupanya,pak imam minum seteguk air dulu,kemudian baru sambung azan..kekadang tu,siap minum depan mic lagi..gluk!gluk!pak imam..pak imam..takpelah..baru nak belajar..pak imam 2 lak,azan,bangun dan akan bacakan doa berbuka puasa..dan..sunyi melanda..tekun habiskan juadah berbuka..


sEBENARNYA,ada satu masakan ini,wajib ada. SAMBAL.tak kira lah sambal apa,yang penting pedas.Smabal kerang,sambal ikan bilis,sambal petai..apa saja sambal..pembuka selera di asrama. Satu kewajipan,keluar ke kedai mara(wakil ) ke pasar ramadhan,wajib beli sambal..sambal ni akan disimpan lebihnya untuk bersahur..sebab tulah..makanan DM jadi sedap semuanya,sebab sambal akan jadikan semuanya sedap..So..kepada yang masih tinggal di asrama,percayalah Sambal akan membuka mata anda bahawa makanan DM memang sedap! tak percaya?





















Selasa, 19 Julai 2011

paparan kekecewaan..ia datang untuk menyakitkan

kehidupan yang semakin menyesakkan..Jika bukan kerana emosi yang boleh dikawal,akal yang masih waras..dibantu senipis iman..sudah tentu kesesakan ini bakal mengundang bala..

Renungan mata hati sentiasa mencemburui kelegaan orang lain..sukar untuk menerima hakikat bahawa diri masih tidak mampu dilepaskan dari kesempitan ruang yang sepatutnya luas seperti yang dilalui oleh orang lain..selama mana untuk diri melalui kesempitan itu..lidah hati juga terus berbisik kekuatan yang ada..sentiasa memberikan isyarat bahawa dihadapan ada cahaya..pengakhiran ruang yang sempit ini,namun,ia semacam terlalu jauh..tidak terduga dek akal sama ada masih mampu menguatkan deria emosi untuk terus bertahan,.

Ah....betapa kekecewaan itu menyakitkan.Hingga akal juga hampir mengalah,jiwa juga ingin memberontak..lepaskan..lepaskan daripada penyiksaan ini,tolonglah..tidak lagi tertahan..namun iman secebis juga yang menyelamatkan akal dan jiwa daripada memberontak,daripada mengalah..betapa dugaan ini kecil jika dibandingkan dengan dugaan orang lain..

Hati..tolong hati,jangan lagi kau sesak,akal..jangan lagi kau celarukan..jiwa,tolonglah jangan lagi bergelora..

Isnin, 4 Julai 2011

Mana semangat ni..



Aduh..berat rasa badan. masuk hari kelima,badan masih lenguh-lenguh.Bila dah lenguh,dah tentu mood nak kerja hilang. Kusut pun makin kusut..










Apa lagi nak dilakukan. Setiap yang dirancang seakan-akan gagal. Tapi, segalanya bukan berakhir. Manalah tahu, nanti adalah rezekinya.Kalau berpegang kepada Jose ( Pengurus Real Madrid ),masa bersama Chelsea..Katanya, Akademik Chelsea cukup berjaya apabila melahirkan seorang yang hebat seperti JohnTerry yang menjadi ketua pasukan England walaupun 10 tahun berusaha hanya lahir seorang yang hebat seperti John Terry..



menariknya prinsip ini, kita usaha dengan pelbagai cara dan pelbagai gaya..dalam 10 cara,jika berjaya 1 cara dan cara itu paling hebat berjaya,kita sebenarnya kita telah pun berjaya..kita perlu pelbagaikan usaha,cara supaya lahir satu gaya,cara dalam kalangan cara dan gaya kita yang paling hebat dan terkenal...










So..tidak perlu untuk berputus asa..setiap orang dijanjikan rezeki masing-masing. percaya kepada Allah,percaya kepada diri sendiri.bagi motivasi kepada diri sendiri..satu hari nanti,mesti ada hero dalam setiap cara dan gaya kita..Insyaallah..

Ahad, 26 Jun 2011

Fikirlah sendiri



Rencana Ahad dalam Berita Harian hari ini menemubual Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkenaan perhimpunan yang belum mendapat permit, pada 9 Julai 2011 ini. Kononnya mengenai ketidakadilan dalam pilihan raya.


Menarik juga membacanya. Jika diteliti fakta daripada SPR, jelas perhimpunan ini tiada sebab untuk diadakan. Cukup merugikan masa dan tenaga anak bangsa. Sudah tentunya,mengganggu ketenteraman orang awam.


Bukan apa, secara logiknya, fakta yang diberikan jelas kita perhatikan memang sedang berlaku transformasi dalam proses pengundian. Semakin maju negara kita, sebenarnya sudah semakin bersih sistem pilihan raya kita. Kepada yang pernah mengundi, memang akan berpuas hati dengan sistem ini. Sesiapa sahaja yang mendapat undi terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Belum ada lagi setakat ini dinafikan kemenangan. Malah, 2008 menyaksikan kemenangan pembangkang di empat/lima negeri sebagai bukti. bahagian mana lagi yang perlu dibersihkan ? Rata-rata jika diperhatikan, kita terlalu banyak membuat spekulasi kepada sesuatu perkara yang tidak wujud hingga menimbulkan syak kepada mereka yang bertanggungjawab.


Jika kita baca pandangan Dr.Noor Sulastry Yusni Ahmad, Pensyarah Kanan Jab.Politik dan sosiologi UM..memang dalam hal demokrasi,perhimpunan adalah satu cara untuk meluahkan pandangan untuk diambil perhatian. Sepatutnya dibenarkan perhimpunan seperti ini. Namun, Dr. hanya mengulas dari sudut amalan demokrasi. Jika dari sudut perhimpunan yang akan dilangsungkan, Dr seperti tidak bersetuju kerana beliau melihat SPR telah menjalankan tugas dengan baik dan adil sebagai badan yang bebas.


Hem, apa lagi yang hendak didemokan ? Sesetengah tuntutan semasa BERSIH 1 dulu, katanya telahpun diaplikasikan dalam PRU 2008,malah sebahagiannya lagi, kata SPR bukan di bawah kuasanya..Kata mereka KAMI BUKAN WIRA JAGAT..


Bacalah fakta,.bila kita baca,mungkin pintu hati kita terbuka dan lebih bersih dalam menyuruh akal mengarah setiap tindakan. Mungkin kita perlu beri cadangan yang lebih efesien kepada SPR..


Bukan apa, risau betul tengok situasi kita sekarang. Jika kita berterusan macam ini, lama-lama mungkin ianya menjadi tabiat. Setiap masalah atau kesalahan akan diakhiri dengan perhimpunan yang mungkin aman dan boleh jadi tidak aman. Sudah tentu kita sentiasa dalam keadaan yang tidak harmoni.


Lagipun aku yakin,.orang SPR juga Islam,pasti mereka juga bercita-cita ke Syurga..Moga-moga anak-anak muda boleh berfikir dan bijak bertindak. Insyaallah, jika kita benar,akan ditunjukkan jalan yang lebih baik daripada ini..













Khamis, 23 Jun 2011

Malaysia hebat!



Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Malaya.Ngauman yang mendebarkan jantung.


Rata-rata aku rasa penulis blog akan bercerita kejayaan Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya dalam usaha ke London 2012.


Sepanjang 93 minit, terutama 46 minit terakhir sungguh mendebarkan. Hampir diserang sakit jantung. Serangan bertubi-tubi..semua mengira masa,cepatlah berjalan...cepatlah..Takut-takut berulang saat Kelantan melepaskan Piala FA..Alhamdulillah,Pasukan Kebanggan Kita telah buktikan mereka boleh. Fizikal bukan lagi satu halangan, emosi,jasmani digabungkan dengan intelek boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.


Seluruh rakyat Malaysia perlu berbangga dan perlu memberi sokongan kepada anak muda kita. mereka bakal membawa nama negara kita untuk dijadikan sebutan masyarakat luar.


Orang muda di luar sana, jadikan semangat mereka sebagai inspirasi.

Tiada yang mustahil! Kita doakan kejayaan ini berterusan dan paling penting..
semua kena yakin KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN, SOKONG BIARPUN KALAH,kita BANGGA dengan Negara Kita !





Rabu, 22 Jun 2011

apacerita: Yakin sangatkah?

apacerita: Yakin sangatkah?: "wah..banyaknya duit. Ini baru yang ada di bawah katil. Banyak lagi, di bank,orang berhutang,cek yang masih tidak ditunaikan..banyak. Nak ..."

Yakin sangatkah?




wah..banyaknya duit. Ini baru yang ada di bawah katil. Banyak lagi, di bank,orang berhutang,cek yang masih tidak ditunaikan..banyak. Nak tak ?


he..he..


Kalau betul banyak duit sudah tentu aku tidak lagi di sini. Aku juga ada perancangan dengan duit yang banyak ni. tapi,apakan daya..ini sekadar gambar yang aku kutip dalam internet..


Ramai yang berpendapat,duit adalah segalanya pada zaman sekarang. Malah, tidak ramai yang menafikan hal ini. Lantaran daripada itu, maka kita lihat betapa taksubnya kita mencari duit atas tiket rezeki. Usaha ini tidak langsung salah, malah itulah cara untuk kita meneruskan kehidupan dan bersaing. Namun, persoalan sekarang, ramai antara kita yang mencari wang dengan cara senang. Bukan main nombor,kerana,main nombor pun bukanlah cara senang untuk mendapatkan wang..betul tak ?


Fenomena membawa masuk duit offshore ( betul ke idak ) sedang melanda. Duit yang dikatakan disekat kemasukannya ke negara Malaysia telah menjadi buruan sesetengah masyarakat. pelbagai cara digunakan untuk membawanya masuk. Jumlahnya bukan sedikit,lebih daripada 200 bilion. Betapa kayanya masyarakat Malaysia yang mempunyai harta sebanyak itu. Jadi, usaha telah dilakukan dengan mencari prosedur yang boleh membawanya masuk. Jadi, mereka-mereka yang terlibat dan yakin berusaha hingga melibatkan masyarakat yang tidak ada pengetahuan mengenainya. Pelbagai janji ditabur dan sudah tentu dijanjikan habuan yang tidak masuk akal oleh mereka semua. Perasaan teruja yang timbul diterjemahkan dengan kesanggupan untuk bergolok gadai,berhutang malah membuat pinjaman bank. Dari hari ke hari,bulan ke bulan,pelbagai berita suka dan duka dikhabarkan. Apa yang pasti, ianya seperti hembusan angin,menyamankan sebentar dan pergi..kemudian datang kembali hembusan,dan pergi..sehingga satu hari nanti,berita itu langsung tidak lagi kedengaran..


Keyakinan perlu disusuli dengan bukti dan perlu juga disulamkan dengan realiti dan logik akal. Belajar daripada pengalaman sendiri dan belajar jugalah daripada pengalaman orang lain..

Ahad, 19 Jun 2011

aku rasa peritnya

Kembali mencoret..
Lama..lama sangat.sangat..Apa khabar sekarang batang getah..alamak,batang getah dah kena tebang, dah diganti dengan pokok sawit. Ayah dah hampir 3 tahun pergi. Pokok getah dah ganti pokok sawit arwah tahu. Semoga rohnya sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah untuk abah,

Pekerjaan mulia membesarkan 12 orang adik beradik. Aku yang kelapan..sebenarnya perit yang aku rasa bukan dulu,bukan masa aku sama-sama menoreh,tapi sekarang,masa terkenang masa yang berlalu itu. Memanjat bukit ,turun bukit,lalu semak,masuk paya,.sukar digambar saat itu. saat sebenar hanya kepenatan yang dirasai. tapi sekarang terkenang keperitan. Bagaimana abah bersusah payah membesarkan anak-anaknya. Tapi, aku yakin,kekuatan dia kerana kami semua. kami perlu diberi makan.


Isnin, 23 Mei 2011

aku nak jadi YB

Bahagian 1


Petang yang mendamaikan.suasana agak bising dengan deruan enjin motosikal namun tidaklah mengganggu kedamaian yang aku rasa itu. Sudah hampir dua bulan tidak menjenguk kampung.biasalah, sibuk sangat dengan kerja. Entahlah,aku tergaru-garu kepala yang tak gatal. fikiran mula terawang-awang,teringat kata Mujadid pagi tadi." Kau masuklah bertanding..aku sokong kau" dengan bersungguh-sungguh Adid menyuruh aku masuk bertanding sebagai calon ketua pemuda di kampung aku. " Apa yang kau risau, aku tengok kau ni memang ada ciri-ciri pemimpin" tambah lagi pujiannya. Hati aku mula bercakap sendiri,dia ingat jadi pemimpin ni macam makan kacang ke apa.Tergelak aku."Did,aku ni memang selalu berangan nak jadi YB kat sini.Aku bukan apa,lihat saja kampung kita ni,banyak perubahan yang perlu kita lakukan" aku sendiri pula yang menunjukkan minat." Tapi did,aku macam belum yakin untuk bertanding.Aku bukan takut kalah,tapi aku nak cari ilmu lagi lah" aku cuba memahamkan adid. Adid seakan memahami,tetapi dia tetap mengharapkan aku menjadi calon. Adid sebenarnya tidak faham siapa aku.Aku memang berminat sangat untuk menjadi wakil rakyat. Jiwa aku sentiasa memberontak untuk mencapainya. Jalan sebenarnya agak terbuka, tetapi belum luas lagi bagi aku. Aku tidak mahu hanya menyusur di jalan yang sempit. Bagi aku, aku perlukan lebih banyak panduan untuk aku bergelar YB. Lihat sahaja YB hari ini,aku tidak mahu menjadi seperti mereka. Aku rasakan seperti ada yang tidak kena dengan mereka. Mereka ini dulu, jadi YB macam mana agaknya.Ada saluran ke atau memang berusaha. Aku harap begitulah. Bukan aku hendak nafikan sumbangan mereka, tetapi aku tengok seperti tidak bermaya. Sombongkah aku? seperti sudah beratus tahun menjadi YB. Akal aku terus memainkan cerit-cerita sedih orang kampung. Ibarat filem yang berputar,satu-satu keluhan orang kampung terkeluar terpapar indah. Masalah air ada, masalah tanah ada, YB tipu ada, YB rasuah ada, ibarat kata ikon astro tu, macam-macam ada.Dada aku mula bergelombang.hati mula mengiyakan sokongan Adid semalam. Kalau nak mengubah kenapa perlu tunggu lama-lama.nanti basi pula idea. Masa inilah aku perlu terjun.Terfikir pula sokongan yang bakal diterima,aku meguntum senyum,Adid boleh tolong aku menjayakan cita-cita.Bagi upah sikit, satu kampung dia akan canangkan aku bakal ketua pemuda.Jari mula mendail telefon bimbit di tangan."Hello Adid, kita jumpa tempat biasa,aku ingat nak bincang sikit dengan kau!". Ajakan seperti arahan.Aku rau,Adid penyokong dan peminat aku,pasti dia akan ikut sahaja arahan aku.Waktu aku telefon tadipun,dai tak sempat beri alasan,tapi aku yakin dia pasti datang.

Seperti dijangka,Adid sudahpun menunggu aku. "Did, aku ingat nak sahut cabaran kau tempoh hari.Aku nak jadi calon".Mula dengan ketua pemuda,tahun depan pilihanraya umum,aku akan masuk bertanding ADUN.Aku yakin aku jadi YB. "Betul ke ni Syawal.Bertuah la aku.Hal berkempen,kau tak perlu risau.Serah saja pada aku.Tahun ni kau jadi ketua pemuda,tahun depan jadi calon untuk jawatan YB.Aku penyokong kau yang paling setia" Adid menghulurkan tapak tangan dengan lima jari terbuka. Bagi Lima.Entah betul atau tidak terjemahan aku.Macam sama idea dia dengan aku.Macam sudah berpakat saja rasanya. ..

Isnin, 16 Mei 2011

apacerita hati

Selalu kita diingatkan, manusia dilahirkan dalam pelbagai. Rambut sama hitam,hatinya lain-lain. Hati ingin berbicara,hati ingin merasai nikmat cinta,yang sering dipersenda..itu bila hati ingin merasakan nikmat cinta. Namun,jika hati ini ingin nikmati keikhlasan..bagaimana rintihannya.

Betapa sukar untuk menterjemahkan keikhlasan apabila rambut sama hitam manakala hatinya lain-lain. Bagaimana keikhlasan itu mampu membuatkan hati kita puas dengan keikhlasan,kerana disebalik kita menjawab ianya ikhlas,terpalit ketika itu rasa kecewa.Maka keikhlasan itu hilang seketika. Kita sentiasa bekerja dan kita yakin kita ikhlas melakukan kerja itu,namun satu ketika hadir seseorang yang menegur kerajinan kita bekerja, tanpa kita sedari terdetik dihati kita rasa bangga bahawa ada juga orang memerhatikan kerja yang kita lakukan. Adakah keikhlasan itu telah pergi seketika? Sudah tentu mereka yang melakukan kerja amal tanpa mengharapkan apa-apa balasan,tetapi tanpa diduga kerja yang dilakukan berlaku kesilapan dan kesilapan itu pula mengundang bencana. Lalu ianya dijadikan modal untuk dibalas si rambut hitam yang lain hingga timbul dalam hati kita rasa marah tadi tidak menghargai kerja kita yang dilakukan secara ikhlas malah kesalahan dijadikan alasan untuk menjatuhkan kita. Adakah keikhlasan tadi telah pergi seketika sahaja atau selama-lamanya tanpa memberikan hati kita nikmat keikhlasan sebelum kesilapan tadi.

Betapa keikhlasan itu menuntut pengorbanan yang cukup besar untuk kita lakukan. Namun kita semua yakin dengan Kekuasaan-Nya yang boleh menilai segala-galanya dengan Maha Adil dan saksama. Mungkin perlu keikhlasan itu pergi seketika,dan ia akan datang kembali dalam jangka waktu yang terlalu cepat apabila hati itu sentiasa diasuh dengan keikhlasan. Ia pergi seketika untuk memberi ruang akal berfikir,emosi dan rohani bergabung untuk mencari jalan yang lebih berkualiti untuk masa muka kita.

Ahad, 15 Mei 2011

Sabtu,aku dan anak

Anak sedang dalam mencari arah. Baru mengenal dunia. Hari Sabtu,Tadika Perpaduan adakan karnival perpaduan seluruh Bentong. Dah lebih seminggu anak sulung aku mengikuti latihan sukan dan puzzel untuk pertandingan yang bakal diadakan.



sehari sebelum karnival,anak aku semakin tak senang duduk. Sejak hari khamis bertanya mengenai hari. Dia masih belum pandai mengenal @ menghitung hari. Setiap kali bersama,itulah yang ditanya. Kadang-kadang,rimas bila menjawab. Tapi itulah anak rupanya, terlalu teruja dengan perkara yang baru. Hari-hari,mungkin cikgunya bercerita mengenai karnival. Sepanjang minggu ni sibuk bercerita mengenai latihan di sekolah. Latihan Futsal.memang menarik tu,sebab aku sendiri memang gilakan permainan ini. Anak aku pulak nak main.Banyak sangat diceritakan.Bagaimana dia menjadi penjaga gol..penjaga Gol? Entahlah..cerita punya hebat,tapi tak syok,lepas gol sampai berbelas-belas gol..jaga gol ke jaga tiang gol..takpelah,seronok dengar dia bercerita. Itu sebelum hari Rabu punya cerita. Hari Rabu cikgu dia kata,dia masuk pertandingan puzzel saja..main bola dia tak boleh sebab tegak macam tunggul.Kesian,anak jurulatih bola tak terpilih main bola.Kelakar sungguh.Takpe la,masa balik hari tu,aku terus ceritakan kepada anak aku yang dia terpilih untuk main puzzel.Dia tanya aku, tak payah main bola? aku cakap tak payah.Sebab dia terpilih untuk puzzel. Boleh menang tak? Boleh sebab kat sekolah tadi,azim selalu menang main puzzel. Oho,mungkin itu sebab dia terpilih..mungkin ada sedikit kecewa dihati dia sebab tak main bola. DIa cakap,takpe la tak main bola,main puzzel pun takpe. Aku rasa sedih sikit,mungkin dia nak main,tapi aku kenal anak aku,dia yang sedikit pemalu..



Hari sabtu,kami sekeluarga bangun awal dan bersiap.Sediakan sedikit sarapan dan jam 7.30 kami bergerak ke padang. Dah ramai keluarga yang sampai. Aku terus bawa anak aku berjumpa gurunya. Sambil menanti,aku cari surat khabar. Suasana yang cukup meriah. Pertandingan dijalankan.Aku sempat melihat ke gelanggang futsal bersama anak aku.Pertandingan dia lambat lagi. Suasana cukup gamat. Penyokong yang sudah tentu ibu bapa anak-anak yang bermain. Sorakan umpama perlawanan akhir Liga Malaysia. PAsti yang seronok ibu bapa yang tidak tahan melihat gelagat anak-anak bermain futsal. Ada yang marah,ada yang ketawa besar. Anak-anak di padang ada yang hampir menangis,ada yang tegak macam tunggul.Ada juga yang terguling atas padang..Macam-macam kejadian.Sungguh menyeronokkan.



Anak aku mula dipanggil gurunya untu pertandingan puzzel. Aku serahkan kepada ibunya untuk melihat dia. Anak-anak lain aku jaga. Aku perhatikan dari jauh. Permainan bermula dan tidak sampai sepuluh minit,kumpulan anak aku sudah siapkan puzzel yang diberi. Hem,bagus juga ya. Sudah pasti kumpulannya menjadi johan. Betul,memang kumpulannya johan. Dan, yang paling menggembirakan hati,melihat anak memang menyumbang kepada kejayaan kumpulannya. Tamat segala permainan,dan hadiah disampaikan. Anak aku adalah wakil tunggal yang dapat hadiah bagi sekolahnya.Futsal dan bola jaring kalah. Aku senang hati dan anak aku juga nampak gembira dengan hari sabtu itu dan sentiasa menanti hari sabtu. Hadiah pertama anak aku di sekolah, JAm Dinding BOla Kampung!!!! Pasti aku jadikan barang kenangan untuknya.AKu tandakan tarikh dan sebab kenapa jam itu berada dalam rumah ni sebagai ingatan kepada anak aku satu masa nanti.

Isnin, 9 Mei 2011

cikgu..apacerita

Sudah dikatakan..memang susah nak bagi komitmen kepada blog ni. Namun,bukanlah satu halangan. Pembaca pun ada seketul dua saja.



CIkgu...tak sangka gurauan ketika remaja menjadi realiti. Allahuakbar..bila bahu memikul baruku tahu nilainya. Percayalah, sukar digambarkan. Suka yang tak semestinya suka,duka yang tidak semestinya duka. Sudah hampir 10 tahun bergelumang dalam dunia ini, pelbagai ragam dan aneka peristiwa dilalui.



Aku sebenarnya mengingatkan kembali zaman remaja dahulu, zaman bergelar pelajar. Hendak diputar semula rasanya masa ini kembali ke zaman itu. AKu ingin peluk cikgu,guru..aku baru mengerti kedudukan mereka. Tapi,masa sudah berlalu..biarkanlah begitu sahaja..



Apa kata, sempena hari guru ni,kita luangkan satu sms atau sikit kertas dan dakwat untuk ingat cikgu-cikgu kita. Orang ni sebenarnya telah mencorakkan dunia kita hari ini. sedikit sebanyak pasti ada sesuatu kebaikan yang dah pun mereka sampaikan kepada kita. Mungkin yang duk di asrama, teringat kena buang asrama,kena rotan,kena herdik,kena pukul dan macam-macam hal lagi yang kita tak suka buat. warden suruh buat itu,suruh buat ini..kita nak makan nasi lemakpun kita kena halau. kesian pelajar. Tetapi kalau kita berada di tempat warden, barulah kita tahu kenapa. Aku sendiri dah masuk 9 tahun bergelar warden. Anak orang demam,tengah-tengah malam pun kena hantar,anak sendiri? hem,jelur ajelah dengan air suam,esok-esok baiklah tu. masa? Isteri selalu mengamuk. Bukan tak faham kerja,tapi kekadang terlalu tension tengok perangai kita,.balik sekolah pukul 3, pukul 5 dah turun tranning pelajar sampai kul 6.30..hem,kita pun beriadah sikit-sikit..balik mandi kul 7.15 dah gerak ke surau,..hem sampai kul 9.00 malam..tak turun,budak-budak tak sembahyang,berdating..hem paling best dah tentu jadikan surau tempat melepaskan geram kepada junior2..turun sembahyang pun macam dah tak ikhlas.. 9.00 pelajar study..hem sibuk pulak kita kejar pelajar suruh study,kalau tak makan nasi lemak sampai jam 10.00,borak sampai 10.30,naik bilik study,buka buku sampai kul 11.00..habis macamne nak pandai..tak pandai tu takpe,dah tentu perngai pun dah kureng sikit,..nak tidur pun kena paksa,kalau tidak..arak,main spirit la,bergaduhlah,mencuri..macam-macam hal..balik umah kul 1@2..anak-anak dah tido,isteri pun out of service..tapi itulah duka yang tak tentu duka..hanya bahu yang memikul jelah yang boleh menilai..



Kalau hari ini,ada orang bercerita mengenai masalah guru,cukup sedih rasanya. Akibat terlalu cerdik orang sekarang,hingga setiap kesilapan guru diambil kesempatan. Kalau tanya diri kita, berapa orang yang mampu sempurnakan anak kita bila menggunakan psikologi.? tidak gunakan sedikitpun kekerasan.? Bukan kita bercakap mengenai guru rogol pelajar,cabul pelajar..tetapi aku lihat isu-isu remeh,kena pelempang la,kena denda dalam kolam la,.itu memang nampak seperti cilaka,tapi pergilah bersemuka dengan pelajar yang dilempang,pelajar yang didenda,anda akan berkata.patutpun kena denda macam tu..patutpun kena pelempang..walaupun nampak salah,tapi ramai lepasan pelajar berkata,nasib cikgu lempang saya dulu,kalau tak..entahlah jadi apa sekarang..nasib cikgu rendam saya dulu,kalau tak...



sempena hari guru ni,..apa kata kita sama-sama berdoa moga cikgu-cikgu kita berada dalam keadaan bahagia,sentiasa diberi kekuatan untuk melalui liku-liku dunia pelajar hari ini. Moga-moga masih ada lagi golongan guru yang sentiasa komitmen untuk mendidik anak-anak kita apatah lagi dalam dunia kita sekarang yang mementingkan komitmen yang lebih kepada dunia pekerjaan kita. Cari makan sekarang,bukan macam dulu. Apa kata,kita berlapang dada berikan kepercayaan kepada guru untuk membantu kita mencari syurga yang kita idamkan.



Terlalu banyak tindakan guru adalah untuk masa depan anak didiknya.Percaya atau tidak,kalau waktu kita belajar dulu,cikgu pakai Kancil,Insyaallah,waktu kita berkereta mewah,mungkin cikgu masih lagi pakai kancil sama seperti dulu.

Khamis, 5 Mei 2011

Tertinggal jauh rupanya

Ha..ha..lama dah borak-borak dengan kawan-kawan nak belajar buat blog macam orang-orang maju yang lain. Akhirnya dapat jugak. Inipun kira dah tahap paling rendah. Tapi,kena percaya,seribu langkah bermula dengan satu langkah.Mungkin ini yang menjadikan aku sentiasa teringin tapi tak teringin nak mencari. Tambah pula masa yang selalu sangat mengekang aku yang kononnya sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Apahalpun, aku dah mula,harap-harap terus bertahan.


Nak cerita apa sebenarnya dalam blog ni. Ada ke orang nak membacanya. Entahlah. Takpe..takpe cubalah ye. Dulu aku selalu buka laman-laman internet ni. Aku kenal internet ni masa di Universiti. Yelahkan, masa tu baru keluar dari tempat terpencil. Ha,ha.Kampung yang mendamaikan...Universiti Sains Malaysia ni kiranya tempat jauh pertama yang aku pergi..Kuala Lumpur..em..masa tingkatan 1 pergi. Rombongan percuma..Bercerita pasal kenal internet..dah pandai buat akaun email..dan seterusnya dah tentu ruang chating tu,..dan akhirnya,kat Universiti itu aje yang tau mengenai internet...


Masuk kerja,barulah buka sikit Minda..Cewah..lepak kat bilik rehat..ada pulak internet percuma. Cubalah yer..baru kerja..,kawan-kawan pun tak berapa kenal lagi. Dah kerja,mestilah pikir pasal kewangan. Kot-kot adalah info-info macamne nak kaya serta merta. Kebetulan, masa tu pulak, MLM meletop jugak..Yang paling aku ingat UPTREND..tapi aku tak peduli sangat sebab masa tu memang tak berduit lagi ditambah pulak,nak masuk main ribu-ribu..Apa yang menarik kat internet yang memang aku masih rabun..aku jumpa pelaburan luar negara..fuh, seminggu boleh untuk 130%,200%..Masyaallah..Betul ke ni..macamne nak masuk ni,gila..Memang boleh kaya raya macam ni..Cari punya cari,nah,guna goldaccount..selidik punya selidik,dengan Pengusaan Bahasa Inggeris tahap I Love U,U Love Me je..dapatlah macamne nak buat..Ada pulak sykt di Malaysia yang uruskan,apa lagi..mulakan operasi..Ajak kawan sorang,nanti kaya sama-sama..Ha..ha..Tapi taklah tamak,beli 100USd la dulu,..Terus Joint,.esok dah dapat pulangan,hari kedua sampai tujuh,Alhamdulillah..200% keuntungan,..Takyah ambil lagi la,top up semula,ala minggu depan dah jadi 400%..yes...meningkat dan terus meningkat..Meningkat nombor di akaun hingga berjuta,..kayalah aku..aku nak berenti kerja ( dalam hati )...Nombor terus meningkat..tapi itulah yang nampak,nombor aje yang meningkat..tengok saja yang dapat,..yang dapat kena klepet dengan tukang laman web..Hyipp punya pasal..Kalau betul la jadi..korang mesti tengok blog aku paling hebat..tapi apakan daya..ini aje la yang mampu..