Rabu, 22 Jun 2011

Yakin sangatkah?




wah..banyaknya duit. Ini baru yang ada di bawah katil. Banyak lagi, di bank,orang berhutang,cek yang masih tidak ditunaikan..banyak. Nak tak ?


he..he..


Kalau betul banyak duit sudah tentu aku tidak lagi di sini. Aku juga ada perancangan dengan duit yang banyak ni. tapi,apakan daya..ini sekadar gambar yang aku kutip dalam internet..


Ramai yang berpendapat,duit adalah segalanya pada zaman sekarang. Malah, tidak ramai yang menafikan hal ini. Lantaran daripada itu, maka kita lihat betapa taksubnya kita mencari duit atas tiket rezeki. Usaha ini tidak langsung salah, malah itulah cara untuk kita meneruskan kehidupan dan bersaing. Namun, persoalan sekarang, ramai antara kita yang mencari wang dengan cara senang. Bukan main nombor,kerana,main nombor pun bukanlah cara senang untuk mendapatkan wang..betul tak ?


Fenomena membawa masuk duit offshore ( betul ke idak ) sedang melanda. Duit yang dikatakan disekat kemasukannya ke negara Malaysia telah menjadi buruan sesetengah masyarakat. pelbagai cara digunakan untuk membawanya masuk. Jumlahnya bukan sedikit,lebih daripada 200 bilion. Betapa kayanya masyarakat Malaysia yang mempunyai harta sebanyak itu. Jadi, usaha telah dilakukan dengan mencari prosedur yang boleh membawanya masuk. Jadi, mereka-mereka yang terlibat dan yakin berusaha hingga melibatkan masyarakat yang tidak ada pengetahuan mengenainya. Pelbagai janji ditabur dan sudah tentu dijanjikan habuan yang tidak masuk akal oleh mereka semua. Perasaan teruja yang timbul diterjemahkan dengan kesanggupan untuk bergolok gadai,berhutang malah membuat pinjaman bank. Dari hari ke hari,bulan ke bulan,pelbagai berita suka dan duka dikhabarkan. Apa yang pasti, ianya seperti hembusan angin,menyamankan sebentar dan pergi..kemudian datang kembali hembusan,dan pergi..sehingga satu hari nanti,berita itu langsung tidak lagi kedengaran..


Keyakinan perlu disusuli dengan bukti dan perlu juga disulamkan dengan realiti dan logik akal. Belajar daripada pengalaman sendiri dan belajar jugalah daripada pengalaman orang lain..

1 ulasan:

speak on mind berkata...

begitu lah manusia yang sentiasa kalah pada kehendak! Pada mereka wang adalah segala-galanya!