Ahad, 26 Jun 2011

Fikirlah sendiri



Rencana Ahad dalam Berita Harian hari ini menemubual Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkenaan perhimpunan yang belum mendapat permit, pada 9 Julai 2011 ini. Kononnya mengenai ketidakadilan dalam pilihan raya.


Menarik juga membacanya. Jika diteliti fakta daripada SPR, jelas perhimpunan ini tiada sebab untuk diadakan. Cukup merugikan masa dan tenaga anak bangsa. Sudah tentunya,mengganggu ketenteraman orang awam.


Bukan apa, secara logiknya, fakta yang diberikan jelas kita perhatikan memang sedang berlaku transformasi dalam proses pengundian. Semakin maju negara kita, sebenarnya sudah semakin bersih sistem pilihan raya kita. Kepada yang pernah mengundi, memang akan berpuas hati dengan sistem ini. Sesiapa sahaja yang mendapat undi terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Belum ada lagi setakat ini dinafikan kemenangan. Malah, 2008 menyaksikan kemenangan pembangkang di empat/lima negeri sebagai bukti. bahagian mana lagi yang perlu dibersihkan ? Rata-rata jika diperhatikan, kita terlalu banyak membuat spekulasi kepada sesuatu perkara yang tidak wujud hingga menimbulkan syak kepada mereka yang bertanggungjawab.


Jika kita baca pandangan Dr.Noor Sulastry Yusni Ahmad, Pensyarah Kanan Jab.Politik dan sosiologi UM..memang dalam hal demokrasi,perhimpunan adalah satu cara untuk meluahkan pandangan untuk diambil perhatian. Sepatutnya dibenarkan perhimpunan seperti ini. Namun, Dr. hanya mengulas dari sudut amalan demokrasi. Jika dari sudut perhimpunan yang akan dilangsungkan, Dr seperti tidak bersetuju kerana beliau melihat SPR telah menjalankan tugas dengan baik dan adil sebagai badan yang bebas.


Hem, apa lagi yang hendak didemokan ? Sesetengah tuntutan semasa BERSIH 1 dulu, katanya telahpun diaplikasikan dalam PRU 2008,malah sebahagiannya lagi, kata SPR bukan di bawah kuasanya..Kata mereka KAMI BUKAN WIRA JAGAT..


Bacalah fakta,.bila kita baca,mungkin pintu hati kita terbuka dan lebih bersih dalam menyuruh akal mengarah setiap tindakan. Mungkin kita perlu beri cadangan yang lebih efesien kepada SPR..


Bukan apa, risau betul tengok situasi kita sekarang. Jika kita berterusan macam ini, lama-lama mungkin ianya menjadi tabiat. Setiap masalah atau kesalahan akan diakhiri dengan perhimpunan yang mungkin aman dan boleh jadi tidak aman. Sudah tentu kita sentiasa dalam keadaan yang tidak harmoni.


Lagipun aku yakin,.orang SPR juga Islam,pasti mereka juga bercita-cita ke Syurga..Moga-moga anak-anak muda boleh berfikir dan bijak bertindak. Insyaallah, jika kita benar,akan ditunjukkan jalan yang lebih baik daripada ini..













1 ulasan:

speak on mind berkata...

kebanyakan mereka yang membangkang tu sendiri tak tahu apa yang mereka bangkang! Menyerlahkan diri mereka sebagai manusia yang cetek ilmu dan sentiasa tidak puas hati dengan orang lain.....so poor!