Ahad, 26 Jun 2011

Fikirlah sendiri



Rencana Ahad dalam Berita Harian hari ini menemubual Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkenaan perhimpunan yang belum mendapat permit, pada 9 Julai 2011 ini. Kononnya mengenai ketidakadilan dalam pilihan raya.


Menarik juga membacanya. Jika diteliti fakta daripada SPR, jelas perhimpunan ini tiada sebab untuk diadakan. Cukup merugikan masa dan tenaga anak bangsa. Sudah tentunya,mengganggu ketenteraman orang awam.


Bukan apa, secara logiknya, fakta yang diberikan jelas kita perhatikan memang sedang berlaku transformasi dalam proses pengundian. Semakin maju negara kita, sebenarnya sudah semakin bersih sistem pilihan raya kita. Kepada yang pernah mengundi, memang akan berpuas hati dengan sistem ini. Sesiapa sahaja yang mendapat undi terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Belum ada lagi setakat ini dinafikan kemenangan. Malah, 2008 menyaksikan kemenangan pembangkang di empat/lima negeri sebagai bukti. bahagian mana lagi yang perlu dibersihkan ? Rata-rata jika diperhatikan, kita terlalu banyak membuat spekulasi kepada sesuatu perkara yang tidak wujud hingga menimbulkan syak kepada mereka yang bertanggungjawab.


Jika kita baca pandangan Dr.Noor Sulastry Yusni Ahmad, Pensyarah Kanan Jab.Politik dan sosiologi UM..memang dalam hal demokrasi,perhimpunan adalah satu cara untuk meluahkan pandangan untuk diambil perhatian. Sepatutnya dibenarkan perhimpunan seperti ini. Namun, Dr. hanya mengulas dari sudut amalan demokrasi. Jika dari sudut perhimpunan yang akan dilangsungkan, Dr seperti tidak bersetuju kerana beliau melihat SPR telah menjalankan tugas dengan baik dan adil sebagai badan yang bebas.


Hem, apa lagi yang hendak didemokan ? Sesetengah tuntutan semasa BERSIH 1 dulu, katanya telahpun diaplikasikan dalam PRU 2008,malah sebahagiannya lagi, kata SPR bukan di bawah kuasanya..Kata mereka KAMI BUKAN WIRA JAGAT..


Bacalah fakta,.bila kita baca,mungkin pintu hati kita terbuka dan lebih bersih dalam menyuruh akal mengarah setiap tindakan. Mungkin kita perlu beri cadangan yang lebih efesien kepada SPR..


Bukan apa, risau betul tengok situasi kita sekarang. Jika kita berterusan macam ini, lama-lama mungkin ianya menjadi tabiat. Setiap masalah atau kesalahan akan diakhiri dengan perhimpunan yang mungkin aman dan boleh jadi tidak aman. Sudah tentu kita sentiasa dalam keadaan yang tidak harmoni.


Lagipun aku yakin,.orang SPR juga Islam,pasti mereka juga bercita-cita ke Syurga..Moga-moga anak-anak muda boleh berfikir dan bijak bertindak. Insyaallah, jika kita benar,akan ditunjukkan jalan yang lebih baik daripada ini..













Khamis, 23 Jun 2011

Malaysia hebat!



Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Malaya.Ngauman yang mendebarkan jantung.


Rata-rata aku rasa penulis blog akan bercerita kejayaan Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya dalam usaha ke London 2012.


Sepanjang 93 minit, terutama 46 minit terakhir sungguh mendebarkan. Hampir diserang sakit jantung. Serangan bertubi-tubi..semua mengira masa,cepatlah berjalan...cepatlah..Takut-takut berulang saat Kelantan melepaskan Piala FA..Alhamdulillah,Pasukan Kebanggan Kita telah buktikan mereka boleh. Fizikal bukan lagi satu halangan, emosi,jasmani digabungkan dengan intelek boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.


Seluruh rakyat Malaysia perlu berbangga dan perlu memberi sokongan kepada anak muda kita. mereka bakal membawa nama negara kita untuk dijadikan sebutan masyarakat luar.


Orang muda di luar sana, jadikan semangat mereka sebagai inspirasi.

Tiada yang mustahil! Kita doakan kejayaan ini berterusan dan paling penting..
semua kena yakin KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN, SOKONG BIARPUN KALAH,kita BANGGA dengan Negara Kita !





Rabu, 22 Jun 2011

apacerita: Yakin sangatkah?

apacerita: Yakin sangatkah?: "wah..banyaknya duit. Ini baru yang ada di bawah katil. Banyak lagi, di bank,orang berhutang,cek yang masih tidak ditunaikan..banyak. Nak ..."

Yakin sangatkah?




wah..banyaknya duit. Ini baru yang ada di bawah katil. Banyak lagi, di bank,orang berhutang,cek yang masih tidak ditunaikan..banyak. Nak tak ?


he..he..


Kalau betul banyak duit sudah tentu aku tidak lagi di sini. Aku juga ada perancangan dengan duit yang banyak ni. tapi,apakan daya..ini sekadar gambar yang aku kutip dalam internet..


Ramai yang berpendapat,duit adalah segalanya pada zaman sekarang. Malah, tidak ramai yang menafikan hal ini. Lantaran daripada itu, maka kita lihat betapa taksubnya kita mencari duit atas tiket rezeki. Usaha ini tidak langsung salah, malah itulah cara untuk kita meneruskan kehidupan dan bersaing. Namun, persoalan sekarang, ramai antara kita yang mencari wang dengan cara senang. Bukan main nombor,kerana,main nombor pun bukanlah cara senang untuk mendapatkan wang..betul tak ?


Fenomena membawa masuk duit offshore ( betul ke idak ) sedang melanda. Duit yang dikatakan disekat kemasukannya ke negara Malaysia telah menjadi buruan sesetengah masyarakat. pelbagai cara digunakan untuk membawanya masuk. Jumlahnya bukan sedikit,lebih daripada 200 bilion. Betapa kayanya masyarakat Malaysia yang mempunyai harta sebanyak itu. Jadi, usaha telah dilakukan dengan mencari prosedur yang boleh membawanya masuk. Jadi, mereka-mereka yang terlibat dan yakin berusaha hingga melibatkan masyarakat yang tidak ada pengetahuan mengenainya. Pelbagai janji ditabur dan sudah tentu dijanjikan habuan yang tidak masuk akal oleh mereka semua. Perasaan teruja yang timbul diterjemahkan dengan kesanggupan untuk bergolok gadai,berhutang malah membuat pinjaman bank. Dari hari ke hari,bulan ke bulan,pelbagai berita suka dan duka dikhabarkan. Apa yang pasti, ianya seperti hembusan angin,menyamankan sebentar dan pergi..kemudian datang kembali hembusan,dan pergi..sehingga satu hari nanti,berita itu langsung tidak lagi kedengaran..


Keyakinan perlu disusuli dengan bukti dan perlu juga disulamkan dengan realiti dan logik akal. Belajar daripada pengalaman sendiri dan belajar jugalah daripada pengalaman orang lain..

Ahad, 19 Jun 2011

aku rasa peritnya

Kembali mencoret..
Lama..lama sangat.sangat..Apa khabar sekarang batang getah..alamak,batang getah dah kena tebang, dah diganti dengan pokok sawit. Ayah dah hampir 3 tahun pergi. Pokok getah dah ganti pokok sawit arwah tahu. Semoga rohnya sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah untuk abah,

Pekerjaan mulia membesarkan 12 orang adik beradik. Aku yang kelapan..sebenarnya perit yang aku rasa bukan dulu,bukan masa aku sama-sama menoreh,tapi sekarang,masa terkenang masa yang berlalu itu. Memanjat bukit ,turun bukit,lalu semak,masuk paya,.sukar digambar saat itu. saat sebenar hanya kepenatan yang dirasai. tapi sekarang terkenang keperitan. Bagaimana abah bersusah payah membesarkan anak-anaknya. Tapi, aku yakin,kekuatan dia kerana kami semua. kami perlu diberi makan.