Isnin, 16 Mei 2011

apacerita hati

Selalu kita diingatkan, manusia dilahirkan dalam pelbagai. Rambut sama hitam,hatinya lain-lain. Hati ingin berbicara,hati ingin merasai nikmat cinta,yang sering dipersenda..itu bila hati ingin merasakan nikmat cinta. Namun,jika hati ini ingin nikmati keikhlasan..bagaimana rintihannya.

Betapa sukar untuk menterjemahkan keikhlasan apabila rambut sama hitam manakala hatinya lain-lain. Bagaimana keikhlasan itu mampu membuatkan hati kita puas dengan keikhlasan,kerana disebalik kita menjawab ianya ikhlas,terpalit ketika itu rasa kecewa.Maka keikhlasan itu hilang seketika. Kita sentiasa bekerja dan kita yakin kita ikhlas melakukan kerja itu,namun satu ketika hadir seseorang yang menegur kerajinan kita bekerja, tanpa kita sedari terdetik dihati kita rasa bangga bahawa ada juga orang memerhatikan kerja yang kita lakukan. Adakah keikhlasan itu telah pergi seketika? Sudah tentu mereka yang melakukan kerja amal tanpa mengharapkan apa-apa balasan,tetapi tanpa diduga kerja yang dilakukan berlaku kesilapan dan kesilapan itu pula mengundang bencana. Lalu ianya dijadikan modal untuk dibalas si rambut hitam yang lain hingga timbul dalam hati kita rasa marah tadi tidak menghargai kerja kita yang dilakukan secara ikhlas malah kesalahan dijadikan alasan untuk menjatuhkan kita. Adakah keikhlasan tadi telah pergi seketika sahaja atau selama-lamanya tanpa memberikan hati kita nikmat keikhlasan sebelum kesilapan tadi.

Betapa keikhlasan itu menuntut pengorbanan yang cukup besar untuk kita lakukan. Namun kita semua yakin dengan Kekuasaan-Nya yang boleh menilai segala-galanya dengan Maha Adil dan saksama. Mungkin perlu keikhlasan itu pergi seketika,dan ia akan datang kembali dalam jangka waktu yang terlalu cepat apabila hati itu sentiasa diasuh dengan keikhlasan. Ia pergi seketika untuk memberi ruang akal berfikir,emosi dan rohani bergabung untuk mencari jalan yang lebih berkualiti untuk masa muka kita.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cubaan