Khamis, 5 Mei 2011

Tertinggal jauh rupanya

Ha..ha..lama dah borak-borak dengan kawan-kawan nak belajar buat blog macam orang-orang maju yang lain. Akhirnya dapat jugak. Inipun kira dah tahap paling rendah. Tapi,kena percaya,seribu langkah bermula dengan satu langkah.Mungkin ini yang menjadikan aku sentiasa teringin tapi tak teringin nak mencari. Tambah pula masa yang selalu sangat mengekang aku yang kononnya sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Apahalpun, aku dah mula,harap-harap terus bertahan.


Nak cerita apa sebenarnya dalam blog ni. Ada ke orang nak membacanya. Entahlah. Takpe..takpe cubalah ye. Dulu aku selalu buka laman-laman internet ni. Aku kenal internet ni masa di Universiti. Yelahkan, masa tu baru keluar dari tempat terpencil. Ha,ha.Kampung yang mendamaikan...Universiti Sains Malaysia ni kiranya tempat jauh pertama yang aku pergi..Kuala Lumpur..em..masa tingkatan 1 pergi. Rombongan percuma..Bercerita pasal kenal internet..dah pandai buat akaun email..dan seterusnya dah tentu ruang chating tu,..dan akhirnya,kat Universiti itu aje yang tau mengenai internet...


Masuk kerja,barulah buka sikit Minda..Cewah..lepak kat bilik rehat..ada pulak internet percuma. Cubalah yer..baru kerja..,kawan-kawan pun tak berapa kenal lagi. Dah kerja,mestilah pikir pasal kewangan. Kot-kot adalah info-info macamne nak kaya serta merta. Kebetulan, masa tu pulak, MLM meletop jugak..Yang paling aku ingat UPTREND..tapi aku tak peduli sangat sebab masa tu memang tak berduit lagi ditambah pulak,nak masuk main ribu-ribu..Apa yang menarik kat internet yang memang aku masih rabun..aku jumpa pelaburan luar negara..fuh, seminggu boleh untuk 130%,200%..Masyaallah..Betul ke ni..macamne nak masuk ni,gila..Memang boleh kaya raya macam ni..Cari punya cari,nah,guna goldaccount..selidik punya selidik,dengan Pengusaan Bahasa Inggeris tahap I Love U,U Love Me je..dapatlah macamne nak buat..Ada pulak sykt di Malaysia yang uruskan,apa lagi..mulakan operasi..Ajak kawan sorang,nanti kaya sama-sama..Ha..ha..Tapi taklah tamak,beli 100USd la dulu,..Terus Joint,.esok dah dapat pulangan,hari kedua sampai tujuh,Alhamdulillah..200% keuntungan,..Takyah ambil lagi la,top up semula,ala minggu depan dah jadi 400%..yes...meningkat dan terus meningkat..Meningkat nombor di akaun hingga berjuta,..kayalah aku..aku nak berenti kerja ( dalam hati )...Nombor terus meningkat..tapi itulah yang nampak,nombor aje yang meningkat..tengok saja yang dapat,..yang dapat kena klepet dengan tukang laman web..Hyipp punya pasal..Kalau betul la jadi..korang mesti tengok blog aku paling hebat..tapi apakan daya..ini aje la yang mampu..

4 ulasan:

~BUTfulsay~ berkata...

hahahahaa.. ok la tu cikgu.. klu kaya jgn lupe anak murid ye.. heehehe... (dulu berblog juge, skrg dh x rajin lg dh.. xde mase..heheehe..):P

ANUAR ISMAIL berkata...

hem,awk org ptama tgok catatan saya..apahal pun dah tak berniat dah nak kaya dunia..tq

speak on mind berkata...

Tahniah atas kewujudan blog sendiri....tak pe wa, kalau tak ada pembaca, kita baca sendiri...ianya sangat membantu dalam mengasah bakat dan kemahiran menulis...aku buat blog aku just to learn something new...sesuatu yang lebih bermakna dan bermanfaat. Congrate!

ANUAR ISMAIL berkata...

ha..ha..betul tu,mungkin ruang ni boleh menjadi tempat kita meluahkan rasa..