Ahad, 25 September 2011

Kita Rasa kita berhak..

Assalamualaikum..


Baru saja Balik dari Asrama..Jam pun dah lewat..jangan terlewat bangun sudah...saja aku nak meniru rakan baik aku,tetap mencorekkan sesuatu sebagai tanda komitmen kepada blog dia. Aku ucapkan tahniah kepada kawan aku, speakonmind.blogspot. Makin maju dia sekarang, dah ramai yang menyertai blog dia..Aku..ada la 6 orang..takpe..


Hak..kita semua kata kita ada hak. Memang kita ada hak..tapi hak yang mutlak tetap milik Allah..Kita perlu pertahankan hak kita dan Allah sudah pasti akan mempertahankan hak mutlak-Nya. Hak Allah yang kita pasti "Makhluk yang Allah cipta adalah untuk akur kepada-Nya".Maka,Allah akan menuntut hak-Nya,maka kita perlu akur kepada hak Pencipta kita iaitu Allah S.W.T..itulah tanggungjawab besar kita di muka bumi ini.


Lantaran itu, Allah suruh kita sembahyang,maka wajib kita sembahyang dan,paling penting hak ini Allah tuntut daripada seluruh manusia. Tidak kira siapa,pangkat,jawatan dan sebagainya. Jadi, kepada adik-adik di asrama, fahamlah, bahawa sembahyang bukan hak asrama untuk diikuti, tetapi Hak Allah yang kita sebagai umat Islam perlu tunaikan. Tidak perlulah bersusah payah panjat bumbung,masuk loker,menyorok dalam tandas dan sebagainya semata-mata mengelak daripada untuk sembahyang. Hukuman asrama sekadar rotan dan nasihat.tetapi,hukuman Allah ?


Kita lihat dari mata hati, dengar baik-baik cerita ustaz agar berlaku transformasi dalam menilai setiap peraturan di asrama..bezakan antara tuntutan agama dengan tuntutan manusia..


2 ulasan:

speak on mind berkata...

wa, warna tulisan dan background kalau boleh biar kontra skit..susah la nak baca :-)

Damas berkata...

-yeah. biasakan tulisan then snang org baca.*pndangan den ja.
-biarkn Pop-up window, snang nk komen tnpa ada pngesahan.

ohh bgus juga bgi nasihat kat adik2 yg duk asrama tu, jgn buli plak..heheh.