Isnin, 25 Jun 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama sungguh tidak menjenguk blog. Tiba-tiba terbaca blog "mana ada"..pemiliknya? En Jamil..menarik-menarik. lantas terlintas nak menulis sepatah dua kata..
Yelah..sekarang ni Demam Euro..tidak terkecuali la jugak aku..mana mungkin dilepaskan begitu saja..Tapi tidak "Fanatik" Ya..Bukan seperti di satu negara hingga Mati sebab tidak tidur hingga 11 Malam..

Penangan EURO memang hebat..bagi aku dan beberapa orang rakan memang setuju..EURO lebih Hebat dari Piala Dunia..

EURO sudah hampir ke kemuncak..akan muncul satu lagi kejohanan Hebat..OLIMPIK..Siapa sangka..tahun ini kita boleh lihat kemunculan JUTAWAN terpantas dalam negara kita..Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka. Kejayaan Mereka kejayaan kita semua rakyat Malaysia. Bumi bertuah ini sebenarnya unik dan sangat disayangi oleh Semua Rakyat Malaysia.

Jangan Lupa juga, Dalam negara tidak sunyi dengan Kehadiran SUKMA yang bakal berlangsung di negeri Aku..Pahang Darul makmur.Sasaran pahang 5 terbaik..Moga-moga berjaya. Warga pahang, jangan ketinggalan memeriahkan SUKMA kali ini..Lambat lagi kalau menunggu kehadirannya ke Negeri Yang makmur ini.

Ironinya, ketiga-tiganya dalam kategori Sukan..maka bulan ini adalah BULAN SUKAN..sampai Kita Berpuasa..Yes..Puasa dah datang..ye..ye..Moga Bertemu denganmu Ramadhan..


Tiada ulasan: